Dalam penggunaan bahasa Melayu hari ini, kita kadang-kadang tersilap meletakkan kata sendi 'di' di tempat 'dalam', dan frasa sendi 'di dalam' di tempat kata sendi 'dalam'. Kesilapan ini berlaku kerana kekeliruan tentang fungsi kata sendi dan frasa sendi tersebut.
A. Di bawah ini diperturunkan contoh-contoh kesilapan penggunaan kata sendi 'di' di tempat 'dalam'.
Salah Betul
1. Beliau memiliki ijazah sarjana di 1. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam
bidang pengurusan perniagaan bidang pengurusan perniagaan.
2. Di masyarakat itu, ahlinya 2. Dalam masyarakat itu, ahlinya merupakan
merupakan insan yang insan yang sihat.
sihat.
TINTA... CIKGU FARIDAH...
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat melayari blog saya. sudi-sudikan....
Sunday 5 May 2013
Khazanah Kata
Penggunaan kata sendi nama 'di'. Kata sendi nama ialah kata yang letaknya dihadapan frasa nama. Perlu diingat bahawa kata sendi nama 'di' tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.
Salah Betul
di zaman dahulu pada zaman dahulu
di waktu itu pada waktu itu
di suatu masa dahulu pada suatu masa dahulu
di saat ini pada saat ini
di abad ke 20 pada abad ke 20
Tuesday 9 April 2013
Khazanah Kata
Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa ialah susunan dua perkataan yang mempunyai makna tertentu. Simpulan bahasamempunyai pengertian yang berlainan dengan pembentukan perkataan atau frasa itu sendiri. Makna simpulan bahasa itu berkaitan dengan sikap dan kelakuan manusia yang digambarkan dengan pelbagai situasi yang berkaitan dengan benda,haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.
Simpulan Bahasa Makna
air muka - rupa atau keadaaan muka seseorang
bintang terang - bernasib baik
cakap angin - perbualan kosong
makan angkat - orang yang suka dipuji
terang tanah - waktu hampir siang
gila bahasa - kurang waras fikirannya
Perumpamaan
1. Perumpamaan biasanya mengandungi kata-kata seperti,bagai,laksana,umpama,dan ibarat.
2. Kata-kata ini disusun rapi dengan membawa maksud yang tertentu.
3. Maksud perumpamaan menggambarkan latar belakang kehidupan manusia yang digambarkan dengan kelakuan binatang,benda,dan tumbuh-tumbuhan.
Perumpamaan dan Makna
bagai menatang minyak yang penuh - memelihara anak dengan penuh kasih sayang
ibarat melepaskan batuk di tangga - melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
laksana burung di dalam sangkar - kehidupan tidak bebas
seperti duduk dalam duri - orang yang resah gelisah
Monday 1 April 2013
Tatabahasa ( Kata Ganda Separa )
Pengenalan Tatabahasa ( Penggandaan) Kata Ganda separa
Pada mulanya murid agak keliru tentang kata ganda separa. tapi berkat kesabaranku sebagai pendidik, akhirnya objektifku tercapai setelah diberi bimbingan secara kumpulan dan individu.
Wednesday 27 March 2013
Salam Perkenalan kepada semua pembaca
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua pembaca. Diharap anda semua sudi mengikuti blog ini. Semoga kita sama-sama dapat menyumbangkan pendapat di laman ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)